Ahad, 27 Januari 2008

SATU KELUARGA,SATU PENYERTAAN...











Assalamualaikum W.b.t..




Kepada semua penatap blog aku ini sudah pasti mengetahui parti mana yang aku sertai ,rasa nya tak perlu lah aku memcerita lebih lanjut lagi.....Tujuan aku menulis blog ini bukanlah untuk menunju-nunjuk tetapi hanya lah sekadar melahirkan rasa syukur ke hadrat-Ilahi kerana dilahirkan daripada keluarga yang memang dari dulu lagi bersama parti ini.....cuma pada satu ketika orang tua aku menyertai parti semangat.46 sebelum parti itu terkubur di telan arus gila kuasa......pada aku sebelum hendak membuat sesuatu keputusan seharusnya berfikir sedalam-dalamnya supaya tidak tergadai maruah kemudian hari.....memang pada dasarnya parti ini tidak menjanjikan kesenangan wang ringgit atau pun pangkat kepada diri aku sendiri namun yang menjadi keutamaan dalam diri ialah kerana para pemimpin parti ini berusaha bersama-sama muslimin&muslimat yang lain agar berjaya menerajui negara ini supaya dapat menjalankan cara pemerintahan selaras dengan agama Islam seperti hukum hudup yang sememangnya terkandung dalam Al-Quran,kalau tak silap aku la.......






memang aku akui kurang arif dalam bab agama namun daripada ilmu yang aku pelajari sewaktu kecil dan apa yang orang tua ku ajarkan dapat aku membezakan yang mana hijau dan yang mana biru,serta menjadi pedinding dalam diri aku untuk menharungi dunia yang penuh dengan pentas opera......Gerak hati aku hendak berkata tiba lah masanya untuk kita sama-sama mengubah cara pemerintahan yang di redhai oleh Allah.....cuba perhatikan di sekeliling kita sudah pelbagai dan bermacam perkara yang tak diingini terjadi umpamanya gejala sosial anak-anak mudamudi,mat rempitnya,bunuh membunuh,rasuah sana sini dan berbagai lagi......yang aku paling mendukacitakan hak wanita bertudung kerana ada sesetengah majikan tidak menerima wanita yang bertudung untuk berkerja dan juga yang dipaksa menanggalkan tudung mereka semata-mata untuk untuk di temuduga......jika waktu itu dipaksa menanggalkan tudung aku rasa tidak mustahil bila dah diterima bekerja disuruhnya pula memakai pakaian yang lebih kurang kain.......





Aku rasa cukup setakat ini dulu luahan sanubari dari aku,kalau panjang-panjang pun korang pulak yang jemu.....marilah sama-masa kita renung sehalusnya,manusia boleh berubah dalam sekelip mata sahaja....sebagai contoh kita ambil,seperti insan ini ketika dahulunya kita sedia maklum artis yang menanggotai kumpulan rock boleh menjadi seorang pendakwah......paling kurang walaupun kita tidak berubah menjadi pendakwah biarlah menjadi pendengarnya......TEPOK OTAK,AKAL PASTI BERTANYA........

Tiada ulasan: